Paris 2024: Penembak sensasi Korea Selatan rebah ketika diwawancara


Ogos 9, 2024 12:56 MYT
Penembak Korea Selatan, Kim Ye-ji, yang mencipta sensasi berhubung gaya bersahajanya ketika menggondol pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 rebah secara tiba-tiba dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.
Atlet 10m air pistol itu itu tiba-tiba mengalami sawan ketika ditemu bual di Lapangan Menembak Jeonbukm Imsil County, sebuah wilayah yang terletak di Jeolla Utara kira-kira jam 10.01 pagi waktu Malaysia.
Ye-ji yang tidak mempunyai sebarang rekod penyakit kronik segera dibawa menaiki ambulans dan dibawa ke sebuah hospital di Jeonju, sementara tahap kesihatannya akan terus dipantau.
#Sukan Olimpik #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024