Stadium Astro logo
LAIN-LAIN

Paris 2024: Pemain Ping Pong no. 1 dunia tewas mengejut

article-author-avatar
Kamal Nizam 31/07/2024 | 11:15 MYT
Article ribbon Paris 2024: Pemain Ping Pong no. 1 dunia tewas mengejut
Dengan saingan ping pong perseorangan lelaki sudah memasuki pusingan 32, pemain nombor satu dunia, Wang Chuqin, tumpas mengejut sehari selepas pemukulnya rosak.
Wang yang baru sahaja meraih emas dalam acara beregu campuran terpaksa hadapi kerosakan itu selepas seorang jurugambar menghampirinya untuk ambil gambar sehingga merosakkan pemukulnya.
24 jam selepas itu, Wang ditumpaskan pemain Sweden, Truls Moregard, dengan kekalahan 4-2 dalam aksi enam set.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai berkata kekalahannya itu adalah disebabkan pemain itu tidak biasakan diri lagi dengan pemukul barunya, namun, Wang tampil untuk menafikan perkara itu.
"Ia (pemukul ping pong) tidak mempengaruhi perlawanan, ia hanya sebab lawan saya bermain dengan sangat sangat baik," kata Wang Chuqin.
Bagi Truls pula, ia bagai satu keajaiban dapat mengatasi Wang kerana dia sebelum ini tidak pernah sekali pun menumpaskan pemain nombor satu dunia itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sebelum ini saya hampir tidak pernah menang walau satu set ke atas Wang, jadi ia sangat gila apabila saya berjaya atasi Wang di olimpik," kata pemain Sweden itu yang melangkah ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama dalam karier olimpiknya.
#Ping Pong #Paris 2024 #Rome #Truls Moregard #Wang Chuqin