Paris 2024: Pelbagai gaya menembak, macam pembunuh upahan pun ada


Ogos 1, 2024 11:45 MYT
Penembak wanita Korea Selatan, Kim Ye-ji, menjadi perhatian dalam Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mempamerkan gaya 'pembunuh upahan' ketika mengharungi acara pistol udara 10 meter awal pagi tadi.
Pemegang rekod dunia 25m pistol yang dirakamkannya Mei lalu itu menggondol pingat perak di Perancis berikutan menamatkan saingan di belakang rakan sebiliknya, Oh Ye Jin.
Aksi Ye-ji menjadi tular berikutan gayanya yang bersahaja sambil berkaca mata khas -- persis bintang filem aksi.
Malah, dia menggantung anak patung gajah anak perempuannya di pinggulnya sepanjang pertandingan itu.
Dalam masa sama, penembak lelaki Turkiye, Yusuf Dikec, turut menarik perhatian dalam acar 10m air pistol berpasukan campuran.
Penembak berusia 51 tahun yang bergandingan dengan Sevval Ilayda Tarhan meraih pingat perak.
Yusuf tampil dengan serba kekurangan -- tanpa kanta khas, penutup mata mahupun penutup telinga hingga mengundang perhatian pemilik X, Elon Musk, yang menulis, "menarik".
Tiga hari lalu, Choe Dae-han dari Korea Selatan turut mempamerkan gaya tersendiri dalam 10m air rifle dan menduduki tempat ketujuh pusingan akhir.
#Sukan Olimpik #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024
;