Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Pelayar negara gagal lolos ke perlumbaan pingat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-shazrin.jpg
Dua pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif, menamatkan cabaran Sukan Olimpik 2024 Paris tanpa sebarang kilauan.

Malang menimpa Khairulnizam di Marseille Marina selepas perlumbaan kesembilan dan kesepuluh ILCA 7 dibatalkan.

Pembatalan itu menyaksikan Khairulnizam menutup kempen keempatnya di pentas Olimpik dengan menduduki tempat ke-32 selepas hanya mampu bersaing dalam lapan perlumbaan.

Nur Shazrin pula menduduki tempat ke-35 selepas sembilan perlumbaan ILCA 6, manakala perlumbaan kesepuluh acara sama dibatalkan.

Hanya pelayar yang berada dalam kelompok 10 terbaik meneruskan cabaran ke perlumbaan pingat

Advertisement

Must Watch Video