Paris 2024: Pakai bikini, 'makan angin' di Disneyland, atlet Paraguay diarah pulang


Ogos 6, 2024 14:29 MYT
Perenang Paraguay, Luana Alonso, telah didakwa ditendang keluar dari perkampungan atlet Sukan Olimpik Paris selepas meninggalkan venue sukan tersebut untuk melawat Disneyland.
Perenang itu, yang tinggal di Amerika Syarikat namun mewakili Paraguay, menamatkan kempen Sukan Olimpik selepas gagal melepasi peringkat saringan 100 meter kuak kupu-kupu.
Bagaimanapun, tidak seperti Sukan Tokyo di mana atlet diberitahu untuk meninggalkan perkambungan atlet selepas acara terakhir mereka, mereka dibenarkan tinggal di perkampungan atlet sehingga tamat Sukan di Paris.
Namun Alonso dilaporkan menjadi atlet kedua yang dihantar pulang sebelum tamat temasya selepas didakwa menghabiskan malam di Paris dan pergi ke Disneyland daripada menyokong rakan senegaranya.
Alonso juga telah dituduh mengalih perhatian pesaing lain dengan bergaul dengan pasukan lain dan memakai pakaian minima di sekitar kampung, bukannya pakaian seragam rasmi yang disediakan oleh ketua pasukan Paraguay.
Presiden Jawatankuasa Olimpik Paraguay, Larissa Schaerer, mengesahkan Alonso telah diarah keluar dari perkampungan atlet, dia menjelaskan, "Kehadirannya mewujudkan suasana yang tidak sesuai dalam pasukan Paraguay," kata Schaerer.
"Kami berterima kasih kepadanya kerana mengikut seperti yang diarahkan, kerana atas kehendaknya sendiri untuk tidak bermalam di perkampungan atlet."

8/5/2024: The 20-year-old LUANA ALONSO was asked to leave the OLYMPIC VILLAGE for creating an inappropriate environment, which was reportedly tied to a trip to DISNEYLAND that angered Paraguayan Olympic officials and wearing SKIMPY OUTFITS instead of team clothing. Hmmm……. pic.twitter.com/HsiUeVzChb

— T (@mackintracey1) August 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Paraguay #Renang #Paris 2024 #Disneyland #Luana Alonso