Pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri, tidak dapat meneruskan kemaraan ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.

Ini selepas pelumba berusia 20 tahun itu menamatkan saringan pertama repechage pusingan pertama di tempat ketiga di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Sebagai makluman, hanya dua pelumba terbaik setiap saringan repechage layak ke suku akhir.