Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Nuraisyah Zubir yakin atasi laluan berbatu di sekitar Kota Cinta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aisyah.jpg
Atlet tunggal berbasikal lebuhraya negara, Nuraisyah Zubir, bakal menghadapi rintangan apabila laluan terakhirnya sejauh 5km perlu berdepan jalan berbatu 'cobble' di sekitar bandar Paris.

Namun, pelumba berusia 26 tahun itu mahu menggunakan pengalamannya berlatih di Belgium sebelum ini sebagai proses untuk mengadaptasi persekitaran laluan Kota Cinta itu.
 
Aisyah juga berhasrat menjadi wakil negara pertama berjaya menghabiskan perlumbaan sejauh 158km meskipun mengakui mempunyai sedikit tekanan kerana ini merupakan penampilan sulungnya di temasya berprestij itu.

Anak jati kelahiran Terengganu tersebut berbaki satu lagi sesi latihan ringan sebelum turun beraksi pada esok yang memperlihatkan dia bermula di bangunan mercu tanda Paris, Eiffel Tower.

Advertisement

Must Watch Video