TERJUN

Paris 2024: Nur Dhabitah sah atlet ke-25 isi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024

Najmi Iman 29/06/2024 | 10:03 MYT
Persekutuan Renang Malaysia (MAS) menyenaraikan Nur Dhabitah Sabri dalam Sukan Olimpik Paris 2024, dari 26 hingga 11 Ogos depan.
Nur Dhabitah akan bersaing dalam acara 3m papan anjal individu wanita selepas satu slot tambahan yang diberikan oleh Akuatik Dunia.
Nur Dhabitah yang pernah bersaing pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020 bakal menemani penerjun muda Bertrand Rhodict Lises yang muncul atlet pertama negara layak ke Sukan Olimpik 2024.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kita mendapat emel daripada Akuatik Dunia mengenai khabar berita itu dan kami menyenaraikan penerjun berusia 24 tahun itu untuk mewakili Malaysia," kata Pengarah Teknikal Malaysia Swimming (MS), Bryan Nickson Lomas.
#Terjun #Nur Dhabitah Sabri #Sukan Olimpik Paris 2024
;