Proses menyesuaikan diri dengan venue pertandingan menjadi keutamaan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Nur Dhabitah mengakui setiap venue menawarkan suasana berbeza, apatah lagi acara terjun diadakan di venue baru.
Pusat Akuatik Olimpik merupakan salah satu kemudahan baru yang dibina khas untuk temasya kali ini dan Sukan Paralimpik Paris 2024.
Terletak di Seine-Saint-Denis, venue itu turut digunakan untuk acara renang berirama dan polo air.
Semua penerjun dari semua negara bertanding, termasuk Nur Dhabitah, berpeluang menguji venue berkenaan lebih awal hari ini.
"Bagi saya semua kejohanan berbeza," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Setiap pengalaman, setiap tempat dan masa, semuanya berbeza.
"Jadi kami dapat berlatih di kolam baru ini sesuatu yang baik dan saya sudah mula dapat membiasakan diri," katanya.
Pemenang pingat perak Sukan Asia Hangzhou 2022 itu akan turun beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita pada 7 Ogos ini.
Enggan meletakkan dirinya dalam tekanan, Nur Dhabitah, yang akan membuat penampilan ketiganya di pentas Sukan Olimpik selepas edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020, hanya fokus untuk menyajikan terjunan terbaiknya.
"Saya nak ambil satu langkah dalam satu masa, saya mahu ambil langkah kecil dahulu kerana tidak mahu terus berfikir terlalu jauh.
"Selepas saringan, baru saya akan fikirkan mengenai separuh akhir dan seterusnya final.
"Saya tidak mahu terlalu banyak berfikir atau melakukan sesuatu yang berbeza daripada apa yang saya lakukan dalam latihan.
"Saya hanya mahu fokus dengan apa yang saya ada ketika ini," tambahnya.