OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Nur Aisyah Zubir sudah lakukan yang terbaik -- Amir Mustafa
Sejak edisi 2012, inilah kali pertama ada penampilan dari wakil negara dalam acara berbasikal lebuhraya di pentas Sukan Olimpik menerusi Nur Aisyah Zubir.
Namun, hingga ke hari ini masih belum ada lagi yang berjaya menamatkan pelumbaan sekaligus menunjukan bahawa wakil dari Malaysia mampu untuk memberikan saingan hebat di pentas tertinggi itu.
Tidak hanya melihat kepada pencapaian di Paris 2024, Amir yang sebelum ini juga mengalami situasi sama seperti aisyah beranggapan ini satu motivasi buat anak buahnya untuk melakar lebih banyak kejayaan di masa akan datang.
Iklan
"Bagi saya Aisyah sudah lakukan yang terbaik, cuma dia tidak dapat habiskan perlumbaan. Di Belgium juga dia berjaya meraih podium dua kali. Jika mahu katakan tidak berjaya agak sukar, secara keseluruhannya prestasinya agak baik." Kata Jurulatih Berbasikal Lebuhraya, Amir Mustafa Rusli.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Lebuhraya PKBM, Norazman Abu Samah, turut menegaskan bahawa lebih banyak pelumbaan di luar negara perlu disertai supaya atlet negara lebih terdedah kepada situasi pertandingan sebenar.
"Kita perlukan lebih banyak perlumbaan kerana tanpa perlumbaan dan sekadar latihan agak sukar. Saya berasa bangga." Kata Norazman Abu Samah.
Must-Watch Video