OLIMPIK PARIS

Paris 2024: Nur Aishah Zubir mampu capai misi, kata jurulatih

Ammar Hakim 31/12/2000 | 16:00 MYT
'Kita semua Team MAS', Jurulatih berbasikal lebuhraya negara, Amir Mustafa Rusli, percaya pelumbanya, Nur Aishah Zubir mampu mencapai misi di Paris walaupun terpaksa menggunakan basikal gantian untuk perlumbaan 4 Ogos ini.
Dalam perkongsian bersama wartawan Zulhelmi Zainal Azam, Olimpian negara itu mengakui aishah sudah dapat menyesuaikan diri dengan basikal tersebut menerusi latihan dan pertandingan di Belgium.
Aishah terlibat dalam kemalangan ketika menyertai pertandingan di Belgium pada 16 Jun lalu dan menyebabkannya mengalami kecederaan ringan di bahu dan tekak.
Malah, basikal yang digunakan Aishah patah di beberapa bahagian sekali gus tidak boleh dijadikan sebagai basikal utama untuk perlumbaan walaupun ia sempat dibaiki.
Aishah bakal mencipta sejarah menjadi pelumba bebrasikal lebuhraya wanita negara yang pertama beraksi di Sukan Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
Dan Aishah kini menggalas misi yang terbantut 12 tahun lalu apabila Amir dan Adiq Husainie Othman gagal menghabiskan perlumbaan pada temasya London 2012.
#Berbasikal #Amir Mustafa Rusli #Paris 2024 #Nur Aishah Zubir
;