Novak Djokovic bercadang mendermakan hadiah wang kemenangan pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 yang diterimanya kepada misi bantuan kemanusiaan selepas menundukkan perseorangan lelaki Sepanyol, Carlos Alcaraz.

Juara Grand Slam 24 kali itu jelas beremosi selepas memastikan kemenangan untuk negaranya dengan kemenangan 7-6, 7-6 ke atas pesaingnya.

Kejayaan Olimpik itu menamatkan penantian lapan tahunnya untuk melengkapkan kariernya selepas tujuh kejuaraan Grand Slam di Wimbledon, tiga di Roland Garros, 10 dalam Terbuka Australia sementara empat menerusi Terbuka AS.

Kerajaan negaranya telah memperuntukkan hadiah £172,000 (RM978,072) untuk mana-mana pemenang pingat emas dari Serbia dan Djokovic menyertai rakan senegaranya iaitu Zorana Arunovic dan Damir Mikec, yang memenangi acara pistol angin campuran 10m dalam menuntut wang itu.



Tetapi, legenda tenis itu kini merancang untuk memberikan wang berkenaan kepada mereka yang paling memerlukannya, lapor The Mirror.

Bintang Serbia itu bertanding dalam Olimpik kelimanya dan sebelum ini tidak pernah mara ke final. Dia kini telah memenangi hampir semua kejohanan yang ada dalam sukan itu.




Kredit Sinar Harian