BERBASIKAL

Paris 2024: Minta maaf kerana tidak habiskan perlumbaan -- Nur Aisyah Zubir

Stadium Astro
Najmi Iman
05/08/2024
12:21 MYT
Sponsor Banner
Paris 2024: Minta maaf kerana tidak habiskan perlumbaan -- Nur Aisyah Zubir
Wakil tunggal negara dalam acara berbasikal lebuhraya, Nur Aisyah Zubir, meluahkan rasa kekecewaannya selepas impian untuk mencipta sejarah menjadi pelumba pertama yang menamatkan pelumbaan tidak menjadi kenyataan.
Pendakian bukit pada 50km terakhir menjadi penghalang utama apabila anak jati kelahiran Terengganu itu mengalami kekejangan otot menyebabkan dia ketinggalan jauh sekali gus melepasi had masa yang ditetapkan.
"Sebelum saya ketinggalan jauh, terdapat satu kemalangan yang berhampiran dengan saya dan saya perlu memberikan tumpuan terhadap laluan bukit yang paling tinggi.
"Besar harapan saya mahu menghabiskan perlumbaan ini untuk memberikan sesuatu kepada Malaysia.
"Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa menyokong saya dan saya memohon maaf kerana tidak mengakhiri perlumbaan namun, saya tetap mahu mengibarkan Jalur Gemilang di persada dunia," katanya sebak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video