TENIS

Paris 2024: Masalah lutut bayangi kemenangan Novak Djokovic

02/08/2024 | 02:11 MYT
Novak Djokovic terlepas daripada kecederaan bagi mengekalkan harapannya memperoleh pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kemenangan straight set ke atas Stefanos Tsitsipas.
Djokovic kelihatan bergelut dengan kecederaan lutut yang memaksanya menarik diri daripada Terbuka Perancis baru-baru ini, namun mampu muncul sebagai pemenang 6-3, 6-6 (7-3).
Pemain Serbia itu bermula dengan cemerlang di Court Philippe Chatrier, merakamkan break dalam game keempat yang terbukti menjadi titik tolak buatnya memenangi set pertama.
Bagaimanapun, Tsitsipas mengaturkan permainan yang lebih kemas dalam set kedua apabila menghasilkan break berganda untuk mendahului 4-0.
Begitupun, bekas pemain nombor satu dunia itu belum bersedia untuk menyerah kalah.
Pemain Greece itu hampir mengheret pertemuan itu ke set penentuan tetapi Djokovic bangkit untuk memenangi tiga game seterusnya bagi menyamakan kedudukan 5-5.
Aksi di Roland-Garros itu terus berlangsung sengit sebelum Djokovic melengkapkan persembahan cemerlang untuk ke separuh akhir menerusi kemenangan tiga game berturut-turut.
Djokovic akan menentang Lorenzo Musetti bagi perebutan slot ke final Ahad ini selepas pemain Itali itu menewaskan penyandang juara, Alexander Zverev, dengan straight set.
#Sukan Olimpik #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024
;