Paris 2024: Malaysia Swimming bakal tampilkan persiapan berbeza buat Bertrand Rhodict
Ammar Hakim
Februari 16, 2024 19:03 MYT
Februari 16, 2024 19:03 MYT
Bukan lagi China, tetapi Amerika Syarikat, Singapura dan Mexico antara pilihan yang diketengahkan Malaysia Swimming untuk persiapan wakil tunggal negara di Sukan Olimpik Paris, Bertrand Rhodict.
Setiausaha Agung Malaysia Swimming, Andy Lau bertegas andai ke China tanpa pemantauan khusus jurulatih tempatan di sana, ia hanya usaha yang sia sia.
Syarat yang dimahukan oleh Andy, adalah memastikan keberadaan Rhodict di kem latihan luar negara sebelum ke Paris benar-benar membantu.
"Kami berharap dia akan mendapatkan keputusan yang positif di Paris. Buat masa ini, kami telah membuat perancangan rapi untuk persiapan dia ke Sukan Olimpik," katanya menerusi Nadi Arena.
"AS, Singapura, Mexico dalam perancangan kami, perkara paling penting adalah memastikan dia mendapatkan tumpuan daripada jurulatih ketika sesi latihan."
Andy Low tidak mahu wakil tunggal sukan terjun ke Paris2024 Bertrand Rhodict buat kerja sia sia. Pemilihan ke kem latihan luar negara lebih teliti. China terkeluar dari senarai. Sebaliknya menjadikan Amerika Syarikat, Singapura & Mexico antara pilihan@ASTROARENA pic.twitter.com/QaJH3Cn3M7
— FinaNasrom (@fnasrom) February 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rhodict sudah bersedia dengan program agresif andai ia mampu membantu kenaikkan darjah kesukarannya sebelum berangkat ke Paris.
Ke mana destinasi Rhodict sebelum ke Paris, akan diputuskan dalam masa terdekat selepas mendapat pelepasan Majlis Sukan Negara (MSN).