Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: 'The Malaya' rekaan Rizman Ruzaini resap roh tokoh pahlawan tanah air

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rizman-ruzaini.jpg
Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini, memperkenalkan rekaan pakaian 'The Malaya' yang akan digayakan oleh kontinjen Malaysia dalam perarakan majlis perasmian Sukan Olimpik Paris, esok.

Baju teluk belanga inspirasi yang akan dipakai atlet lelaki adalah hasil inspirasi daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar,  yang berasal dari Johor, serta mengambil semangat daripada tokoh negara seperti Dato' Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut, Dato' bahaman, Mat Kilau dan Tuanku Abdul Rahman.

 


Malah busana trasidional berwarna Hijau Zaitun ini merupakan satu transformasi apabila akan memancarkan kesan keemasan apabila berada di bawah pantulan cahaya.

Dalam pada itu, rekaan bagi pakaian kontinjen wanita pula akan mengenakan pakaian motif songket bersama kelubung dan skaf yang mewakili semangat patriotik serta terdapat nukilan khas bertemakan Malaysia.

"Bagi saya inspirasi ini tidak asing untuk jenama Rizman Ruzaini itu sendiri kerana kami antara pereka lokal yang sentiasa memperjuangkan seleksi pakaian tradisi budaya asli kita seperti Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Kedah, Baju Melayu, Sampin dan sebagainya.

"Ia memperlihatkan bagaimana fesyen juga menyatukan semua bangsa dalam sebuah negara perpaduan dan
aman seperti Malaysia. Kita punya sejarah yang cukup mematangkan dan kita mahu ia dilanjutkan menjadi penyatuan yang indah untuk semua kaum." katanya.

Advertisement

Must Watch Video