Sebelum itu, ini pendapat saya berdasarkan pemerhatian rapi, dan juga saya sendiri sebagai individu yang berasal daripada Asia Tenggara sudah pasti merasakan ciri-ciri budaya di setiap negara perlu ditonjolkan pada busana perarakan di upacara pembukaan saingan ini.
Di kedudukan kelima, saya memilih kontinjen Indonesia yang tampil dengan warna merah, biru dan putih selain mengetengahkan konsep tradisional asal jawa yang memiliki kesederhanaan. Busana ini mencerminkan kebangkitan bangsa Indonesia di peringkat dunia sekaligus mewujudkan semangat kebanggaan setiap atlit mereka, rekaan ini juga dikhabarkan mendapat tempat di majalah Vanity Fair dan Vogue France.
Beralih kepada pilihan keempat saya, satu-satunya pilihan negara dunia dalam pilihan ini – kontinjen Kanada yang membawa aura berani dan garang dengan pemilihan warna utama mereka iaitu merah. Kerjasama diantara penaja dengan jenama besar seperti ‘Lululemon’ turut mendapat perhatian warga dunia sebaik majlis pelancaran mereka berlangsung.
Di kedudukan ketiga, saya memilih pesona ‘The Malaya’ oleh pereka fesyen terkenal Malaysia, umum mengetahui mengenai busana rasmi Malaysia sebelum ini yang mendapat kritikan hebat sehingga ia terpaksa diteliti dan ditukar semula.
Menyerap semangat Olimpik yang kian tiba, kontinjen negara akan menggayakan baju kurung songket lengkap dengan kelubung untuk atlet wanita, manakala atlet lelaki akan mengenakan baju Melayu Teluk Belanga yang anggun, semuanya adalah hasil sentuhan magis duo pereka terkenal, Rizman Ruzaini dengan pemilihan warna elegan yang melambangkan misi raih emas pertama di Olimpik Malaysia yang turut dikhabarkan ada elemen kejutan di bawah lampu limpah.
Negara seterusnya yang mendapat perhatian saya ialah Haiti, yang akan menggayakan busana rekaan pereka tempatan mereka Stella Jean. Apa yang pasti penonton di stadium mahupun dirumah bakal disajikan dengan 'free fashion show' selepas busana kontinjen daripada Haiti ini benar-benar seperti koleksi fesyen musim panas yang cukup mengghairahkan.
Karya seni yang dipersembahkan terutamanya di bahagian bawah bakal menangkap mata yang memandang.
Dan kontinjen yang menyandang kedudukan pertama bagi saingan Olimpik Paris 2024 dalam senarai Lily Hamzah, jatuh kepada Mongolia yang bagi saya cemerlang menggayakan atlet mereka dengan 'masterpiece' lagak koleksi fesyen kelas atasan.
Setiap lapisan pakaian menceritakan kisah berbeza yang menunjukkan simbol kekuatan dan kejayaan seakan-akan tentera Mongolia. Busana terpaling hebat ini layak dilabel debagai no syatu di hati Lily!
Apapun buat kontinjen kesayangan negara kelahiranku, selamat berjuang, banggakan rakyat Malaysia #kitateamMAS!

Honouring our greatest traditions and culture, Malaysian athletes will stride into the opening ceremony of the 2024 Olympics wearing garments designed by Rizman Ruzaini. pic.twitter.com/q7KHo6fJeK
— Olympic Malaysia ??? (@olympicmas) July 26, 2024