Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: LeBron James, Steph Curry ketepi ego demi tuntutan skuad AS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

james-curry.jpg
Perhatian kini terletak kepada saingan Sukan Olimpik Paris, menyaksikan dua bintang NBA, LeBron James dan Stephen Curry, yang bakal bergandingan bersama dalam usaha memburu pingat emas temasya berprestij itu.

James-Curry bakal turun beraksi di Paris untuk mencipta sejarah tersendiri.

Kedua-dua pemain, mereka telah mengumpul lapan kejuaraan NBA, enam Anugerah Pemain Paling Bernilai, dan lima MVP saingan Finals, dalam usaha mengejar pencapaian pinga emas di pentas antarabangsa.

Jurulatih Pasukan AS, Steve Kerr, menjelaskan pasukan telah mempamerkan aksi cemerlang ketika mengatasi Serbia, salah satu pencabar utama di Paris nanti, menjelaskan bahawa James dan Curry akan memburu pingat emas.

Kerr komited bukan hanya untuk meletakkan mereka dalam skuad utama malah memainkan peranan penting buat pasukan.

"Saya amat menyukai mereka bermain bersama," kata Kerr.

"Steph dan LeBron dalam usaha untuk belajar untuk bermain bersama dan mereka semakin lancar dalam gelanggang."

Advertisement

Must Watch Video