Sesi latihan bagi acara triatlon bagi saingan Sukan Olimpik Paris 2024 dibatalkan ekoran pencemaran yang berlaku di Sungai Seine.
Disiplin renang bagi acara triatlon, di mana menyaksikan atlet bakal mengambil bahagian dalam berbasikal dan larian, pada asalanya dirancang untuk dilakukan di sungai ikonik Paris.
Bagaimanapun, selepas ujian menunjukkan bahawa kualiti air tidak selamat untuk para atlet turun berlatih, World Triathlon dan pasukan Paris 2024 telah mengambil keputusan bersama untuk membatalkan sesi latihan hari ini.
Jika kualiti air tidak mencapai piawaian sebelum acara triatlon bermula pada 30 Julai, maka ia berkemungkinan besar akan ditangguhkan atau dipindahkan ke Vaires-sur-Marne, di sungai Marne di timur Paris.