Austin Krajicek dan Rajeev Ram mengejutkan pilihan pingat emas, Carlos Alcaraz dan Rafael Nadal, untuk mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi tadi.
Dalam penampilan terakhir Nadal di Roland-Garros itu, gandingan Amerika Syarikat (AS) tersebuit tidak menunjukkan sebarang belas kasihan untuk dominasi straight set 6-2, 6-4 dan secara tidak langsung membawa mereka ke babak empat terbaik.
Selepas menewaskan Roman Safiullin untuk mara ke suku akhir perseorangan pada hari yang sama, Alcaraz bermula perlahan ketika taruhan Sepanyol itu mendapati diri mereka ketinggalan.
Nadal dan Alcaraz cuba merapatkan jurang kepada 3-2 tetapi lawan mereka dari AS mampu meneruskan penguasaan mereka dengan mengambil tiga game seterusnya untuk menawan set pertama.
Pasukan Sepanyol itu bermula dengan lebih baik dalam set kedua dan saling bertukar pukulan sambil masing-masing turut menyempurnakan servis mereka.
Tetapi break dalam game ketujuh membenarkan Krajicek-Ram kembali dengan rantak garang, gandingan Sepanyol itu pula sebaliknya melepaskan dua mata break untuk mengheret permainan ke detik yang mendebarkan.

Begitupun, Krajicek-Ram ternyata lebih unggul kali ini untuk meleburkan impian emas Sepanyol.
Mereka akan menentang gandingan Republik Czech, Adam Pavlsek dan Thomas Macac hari ini dalam misi mengintai tiket ke final.

Rafael Nadal y los #JuegosOlímpicos...
— Los Juegos Olímpicos (@juegosolimpicos) July 31, 2024
❤️? GRACIAS ❤️? pic.twitter.com/Oaas3egcLd