OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Korea Selatan kesal, IOC mohon maaf salah sebut nama
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyatakan kekesalan susulan kesilapan memperkenalkan kontinjen Korea Selatan sebagai salah sebuah pasukan Korea Utara ketika upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi tadi.
Kementerian sukan Korea Selatan menzahirkan rasa tidak puas hati atas insiden tersebut kerana sepatutnya hal sedemikian tidak seharusnya berlaku di temasya berprestij itu.
Menurut Timbalan Menteri Sukan kedua negara itu, Jang Mi-ran, sedang mengatur pertemuan bersama Presiden IOC, Thomas Bach, bagi membincangkan isu tersebut selain Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Korea Selatan juga akan menghantar bantahan rasmi bagi mencegah perkara tersebut daripada berulang.
Iklan
Must-Watch Video