Paris 2024: Kita perlu berpijak di bumi nyata -- Hamidin


Ogos 13, 2024 17:05 MYT
Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin, meminta semua pihak berpijak di bumi nyata susulan tanggapan kegagalan kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurutnya, walaupun gagal meraih pingat emas, namun kebanyakan atlet negara telah menampilkan peningkatan prestasi di temasya sukan terbesar dunia itu.
"Kita perlu berpijak di bumi nyata. Contohnya badminton, tak ada pun dalam senarai ranking pemain kita berada di kedudukan pertama atau kedua dunia.
"Tetapi, mereka telah melepasi lebih daripada prestasi ketika beraksi di Olimpik. Kita kena lihat perkara itu.
"Jadi, kalau kita katakan mereka di ranking nombor satu atau dua dunia kalau tak dapat emas itu lain lah," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Paris pada Selasa.
Pada edisi Olimpik kali ini, kontinjen negara membawa pulang dua pingat gangsa dari gelanggang badminton menerusi pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia.-Sinar
#Malaysia #Datuk Hamidin Mohd Amin #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris
;