Pelayar negara, Khairulnizam Afendy, tergelincir ke kedudukan ke-32 keseluruhan daripada 43 peserta selepas menamatkan perlumbaan kelapan acara dinghy lelaki dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Berbaki satu hari saingan lagi, Khairulnizam perlu membaiki pungutan mata selain harus mendaki 10 anak tangga teratas untuk melayakkan diri ke perlumbaan terakhir yang menentukan perebutan pingat sukan itu.
Kesemua peserta akan melalui dua perlumbaan lagi sebelum hanya 10 pelayar terbaik akan berentap merebut kilauan pingat dalam perlumbaan terakhir.
Najmi Iman
Sun Aug 04 2024