Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Kem berbasikal trek negara bakal terima hadiah istimewa -- Amarjit Singh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

singh.jpg
Kem berbasikal trek negara mendapat satu lagi tonik tambahan lebih-lebih lagi Datuk Azizulhasni Awang sebagai pelumba berpengalaman untuk menjelmakan kilauan pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh, mendedahkan bahawa hadiah istimewa menanti 'Pocketrocket Man' itu mahupun Shah Firdaus Sahrom atau Nurul Izzah Izzati.

"Secara peribadi, saya turut menjanjikan perkara istimewa kepada barisan pelumba negara itu sekiranya mereka berjaya melunaskan misi utama negara dalam kejohanan berkenaan," katanya.

Terdahulu, ganjaran lumayan berkenaan semakin meningkat ke jumlah yang lebih besar selepas beberapa sokongan daripada sektor korporat dan Kementerian Belia dan Sukan turut mengumumkan nilai hadiah kemenangan kepada pemenang pingat emas pertama negara.
Datuk Amarjit yang juga pegawai rasmi di temasya berprestij itu turut mengulas tentang perkongsian skuad berbasikal kebangsaan di Mallorca, Sepanyol.

"Saya percaya mereka sedang berada dalam keadaan terbaik dan sudah melakukan persiapan yang jitu dan ketua jurulatih, John Beasley, memberitahu bahawa pasukan dalam fasa akhir sebelum pertandingan bermula," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video