MEMANAH
Paris 2024: Keluarga Ariana datang beri kejutan, sambut hari jadi ke-19!
Kem memanah negara menerima kejutan istimewa apabila kedatangan keluarga tercinta pemanah recurve wanita negara, Ariana Nur Dania Zairi, menyambut hari kelahirannya yang ke-19 di Malaysia House, Paris.
Penampilan yang tidak disangka-sangka itu mengukir senyuman manis Ariana sekali gus meniup semangat membara untuk meneruskan cabaran di Sukan Olimpik Paris itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas ini, Ariana dan rakan sepasukannya, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh, akan bertempur dalam acara recurve wanita berpasukan pada esok, jam 3.30 petang.