Paris 2024: Kelibat pemain kelima dunia lonjak momentum Gavin
Ogos 3, 2024 00:20 MYT
Satu "flight" bersama pemain nombor lima dunia, Wyhndam Clark, dari Amerika Syarikat yang juga bekas rakan sekelasnya di universiti menjadi dorongan terbaik buat pemain golf profesional negara, Gavin Kyle Green.
Pemain berusia 30 tahun itu mengekalkan prestasi tekal menerusi 69 pukulan 1 bawah par pada hari ketiga saingan Sukan Olimpik Paris 2024 di Le Golf National, Guyancourt, malam tadi.
Gavin memulakan hari ketiga dalam kumpulan 4 bersama Wyhndam dan Matthias Schmid dari Jerman.
Ia kumpulan yang berbeza berbanding dua hari pertama yang menyaksikannya beraksi bersama Kiradech Aphibarnrat dari Thailand dan Gaganjeet Bhullar dari India.
Perbezaan kumpulan atau 'flight' tampak mempengaruhi aksi Gavin apabila berjaya mengurangkan bogey.
Hanya satu bogey pada hari ketiga dirakamnya berbanding dua dan lima bogey pada hari kedua dan pertama.
Malah, Gavin juga merekodkan tiga birdie bagi gus memastikan kedudukan lebih baik menjelang hari keempat.
"Kami saling mengenalinya sejak di sebuah kolej di Amerika Syarikat, hampir 10 tahun.
"Putt saya menjadi," katanya.
Gavin kini memburu penamat sempurna untuk memperbaiki pencapaian temasya itu setelah menduduki tempat ke-47 dalam edisi Rio 2016 dan tempat ke-57 kempen Tokyo 2020.