OLIMPIK PARIS

Paris 2024: Juanlu Sanchez lengkapkan kebangkitan Sepanyol, mara ke final

Ammar Hakim 06/08/2024 | 00:02 MYT
Juanlu Sanchez memastikan Sepanyol menempah slot ke final Sukan Olimpik Paris, memastikan kemenangan 2-1 ke atas Maghribi.
Soufiane Rahimi telah memberikan pendahuluan kepada Atlas Lions menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama sebelum Fermin Lopez kembali mengikat kedudukan dalam separuh masa kedua.
Kehadiran pemain gantian, Sanchez, menjadi wira buat La Roja apabila dia memastikan pasukannya membawa cabaran ke final apabila melepaskan rembatan yang gagal ditepis keluar penjaga gol.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sepanyol bakal bertemu Perancis di final selepas tuan rumah mengatasi Mesir 3-1.
#Sepanyol #Maghribi #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris
;