Paris 2024: Izzah Izzati terkandas dalam pusingan kedua acara pecut, akan ke repechage
Saufi Tahir
Ogos 9, 2024 21:08 MYT
Ogos 9, 2024 21:08 MYT
Pelumba berbasikal trek wanita negara. Nurul Izzah Izzati Asri, terpaksa akur selepas terkandas dalam pusingan kedua acara pecut individu wanita saingan Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional, Perancis sebentar tadi.
Walaupun Izzah Izzati mengikut wakil Great Britain itu dari belakang namun selepas loceng dibunyikan terlihat sukar untuk dia mengejar pemenang pingat emas acara pecut berpasukan itu dengan catatan masa 10.886 saat.
Izzah akan berdepan Great Britain, Capewell Sophie dalam pusingan 1/32 yang menamatkan aksi kelayakannya sebentar tadi di kedudukan ke 4.@ASTROARENA #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/e0uGQHf1xP
— Fariha Razak (@farihaarazak) August 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia akan melangkah ke pusingan repechage dan perlu menang untuk ke pusingan ketiga.
Dalam pada itu, Izzah juga berjaya memperbaharui rekod peribadinya dengan catatan masa 10.709 saat.