Paris 2024: ISN tawar kepakaran pacu prestasi atlet


Julai 10, 2024 19:47 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, akan disokong 20 lagi pegawai dan personel ISN sudah sedia sepenuhnya untuk mengerah keringat dalam memastikan segala keperluan atlet daripada segi perubatan sukan dipenuhi sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024, bermula 26 Julai ini.
"ISN akan membuka klinik di perkampungan sukan, dari pagi sampai malam.
"Ia terbuka untuk atlet kita dan penyelarasan juga akan diadakan secara berkala bersama pengurusan pasukan untuk memastikan atlet negara memahami kepentingan untuk pulih," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Ahmad Faedzal juga yakin yang keberadaan pihak ISN di Paris amatlah penting untuk atlet bertahan dalam aspek fizikal mahupun mental sehingga hujung aksi.
Lantas, dia jamin bahawa kepakaran yang dibawa pegawai serta medik ISN mampu menangani sebarang situasi sekiranya terdapat insiden di luar jangkaan berlaku.
"Kami mampu memainkan peranan penting mengenai apakah tindakan sekiranya berlaku senario tertentu.
"Pegawai ISN kami berpengalaman luas kerana pernah memberikan perkhidmatan dalam banyak temasya, cuma kami perlu diselaraskan berdasarkan apa yang telah diaturkan pihak penganjur," katanya.
#Sukan Olimpik #Paris 2024
;