OLIMPIK PARIS
Paris 2024: ISN akan pastikan tahap ketersediaan atlet pada tahap optimum
Pegawai psikologi Institut Sukan Negara (ISN), Nor Azura Binti Mat Nasir, selaku pasukan sokongan sentiasa memastikan tahap persediaan atlet berada dalam keadaan optimum sebelum menjelang saingan Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Dia juga optimis trio memanah wanita negara mampu menyerlah setelah persiapan rapi dilakukan menuju Sukan Olimpik Paris yang bakal membuka tirainya pada 25 Julai ini bagi acara Recurve wanita.
"Secara berpasukan kita membuat latihan psikologi ketika sesi latihan, antara yang kita praktikkan adalah 'Performance Anxiety Management' ketika menembak busur.
Iklan
"Kedua untuk memastikan atlet mengamalkan rutin pra psikologi sama ada selepas, ketika beraksi mahupun selepas perlawanan.
"Yang ketiga pula untuk memastikan pemulihan mental berjalan dengan lancar agar tahap mental berada dalam keadaan optimum walaupun apa yang terjadi semasa hari perlawanan.
"Berdasarkan prestasi semasa secara teknikal dan kemahiran serta mental atlet berada dalam keadaan yang sangat baik cuma kita hendak pastikan yang mereka konsisten dapat kekalkan prestasi sehingga sukan Olimpik Paris nanti." katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video