Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Ingati pengorbanan, titik peluh mereka -- Hannah Yeoh

hannah.jpg
Pujian harus diberikan terhadap tiga atlet negara meskipun berdepan kekalahan awal di saingan Sukan Olimpik Paris 2024 tatkala segala titik peluh dan pengorbanan yang dilakukakan demi mendapatkan slot ke temasya berprestij itu sebelum ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tetap memberikan semangat dan tidak menafikan kemampuan atlet menembak, Johnathan Wong, dan dua perenang negara, Tan Rouxin dan Khiew Hoe Yan, yang serba tidak menjadi di pertandingan tertinggi itu.

Kendatipun begitu, Hannah menerangkan tujuan sebenar menghantar Tan Rouxi ke Sukan Olimpik berkenaan adalah kerana mahu mendapatkan pendedahan awal memandangkan usianya yang masih muda.

"Walaupun bersaing menggunakan tiket Universal, mereka juga mendapat pendedahan awal untuk menimba pengalaman dalam peringkat tertinggi," katanya.

Advertisement

Must Watch Video