Atlet tinju dari Itali, Angela Carini, membuat keputusan menarik diri serta-merta daripada Sukan Olimpik Paris 2024 dan percaya tidak menerima keadilan.

Kem kebangsaan Itali mendakwa lawan dari Algeria, Imane Khelif, secara biologinya merupakan seorang lelaki tetapi dibenarkan bertanding dalam acara wanita hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terdahulu, Khelif pernah dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal dalam ujian kelayakan jantina.




Sebelum memilih untuk mengibarkan bendera putih, Khelif sempat melepaskan beberapa serangan dan melancarkan tumbukan padu tepat ke arah hidung hingga memaksa Carini mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat menarik diri.

Aksi tersebut telah membangkitkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen di media sosial kerana membenarkan diskriminasi sedemikian berlaku di pentas tertinggi.

"Saya tidak kalah, sebaliknya saya hanya menyerah dengan matang," katanya apabila sedang meluahkan perasaan sambil menangis dan enggan berjabat tangan dengan wakil Algeria itu akibat kekecewaan yang dihadapinya.





Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), bagaimanapun, menjelaskan Khelif dan seorang peninju, Lin Yu-ting, dari Taiwan tiada sebab untuk dinafikan hak daripada bertanding di sebalik telah digantung oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).

Malah, IOC mempersoalkan kredibiliti IBA yang berdepan dengan isu seperti rasuah dan pentadbiran.