MENEMBAK
Paris 2024: Hajat jurulatih Johnathan Wong raih emas tidak kesampaian, "come back stronger!"
Jika diimbas kembali laporan kami di nadi Arena pada 10 Jun 2024, jurulatih menembak kebangsaan, Firdaus Abdul Rahim, pernah meluahkan keyakinnya untuk melaung misi raih pingat emas dalam sukan itu.
Ini selepas melihat kesungguhan tinggi yang dipamerkan oleh Johnathan sepanjang persiapan ke Olimpik Paris.
Sebelum ini, Firdaus ada menyatakan dengan bidikannya yang semakin tepat, ia dijangka bakal menjadi 'turning point' kepada kejayaan penembak itu.
Iklan
"Kami daripada awal sampai akhir masih meletakkan pingat emas dalam sasaran.
"Proses untuk mendapatkan lapan terbaik dan pingat emas mempunyai potensi yang tinggi.
"Johnathan juga menyimpan hasrat untuk sasar emas dan sehingga hari ini masih mengekalkan hasrat itu dan itu merupakan punca semangat buat dirinya," katanya.
Namun hari ini sejarah yang diimpikan oleh jurulatihnya itu tampak kelam dan langkah kiri setelah Johnathan gagal melayakkan diri ke final acara 10 meter (m) Air Pistol apabila sekadar raih 570 mata secara keseluruhan sekaligus sekadar berpuas hati huni tempat ke-26.
Apa-apapun kami di Astro Arena dan rakyat Malaysia sentiasa mendoakan buat Johnathan dan kembali hebat di Olimpik Los Angeles 2028 kelak jika ada rezeki.
Must-Watch Video