Ketika siaran langsung Shopee di Paris sebentar tadi bersama wartawan Astro Arena, Fariha Razak, kelihatan jurukamera dan rakan media daripada luar negara turut sahaja habis melakukan sesi lintas langsung dari lokasi yang sama.

Usainya sesi lintas langsung tersebut, Fariha yang terkenal dengan personaliti 'bubbly dan friendly' nya itu terus menyapa dan menegur rakan media seperjuangannya itu.

Wartawan itu bernama Daniel dan berasal dari Jerman, dan apabila ditanya Fariha apakah satu ayat yang boleh menggambarkan kota Paris, tidak teragak-agak memilih 'L’amour' sebagai ayat yang sinonim dengan kota cinta itu.

Perbualan Fariha dan Daniel ini bertempatan di Arc de Triomphe – lokasi penggambaran filem John Wick yang dibintangi Keanu Reaves.