RENANG

Paris 2024: Eric Anderson yakin keajaiban boleh berlaku dalam sukan renang

Najmi Iman 15/07/2024 | 11:54 MYT
Jurulatih renang negara, Eric Anderson, menegaskan bahawa keajaiban boleh berlaku pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dalam aksi melibatkan dua perenang negara, Khiew Hoe Yean dan Tan Rou Xin, yang masing-masing melayakkan diri menerusi slot tiket Universal.
Anderson turut berharap wakil negara tenang menampilkan persembahan tersendiri selain ingin mengelakkan tekanan berlebihan terhadap diri sendiri kerana boleh menjurus kepada kegagalan.
Kem renang negara akan berlepas ke Ireland pada esok, 16 Julai sebagai persiapan terakhir menjelang kejohanan paling berprestij itu.
#Renang #Khiew Hoe Yean #Sukan Olimpik Paris 2024 #Eric Anderson #Tan Rou Xin
;