Olimpian negara, Farah Begum, mencerminkan keyakinan yang diletakkan terhadap penerjun berusia 25 tahun, Nur Dhabitah Sabri untuk menggegar Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan ketiganya di temasya berprestij itu.

Sepanjang karier Dhabitah, dirinya terkenal dengan kebolehan untuk beraksi dalam beberapa acara berbeza -- dan atas faktor itu, Farah Begum merasakan pengalaman dan kualiti terjunan Dhabitah berupaya menghadirkan keceriaan buat kem negara.

Dhabitah memiliki sejarah tersendiri ketika beraksi dalam acara 3m papan anjal individu sambil ditambah dengan darjah kesukaran tinggi dalam terjunannya seiring dengan penerjun handalan dunia.

"Saya yakin dia akan mengekalkan momentum malah, mampu melakukan catatan yang lebih baik untuk memberikan sepenuhnya demi negara," katanya.