Paris 2024: Dhabitah Sabri waspada aksi cemerlang penerjun terbaik dunia
Najmi Iman
Ogos 6, 2024 00:55 MYT
Ogos 6, 2024 00:55 MYT
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, bakal memulakan cabarannya dalam acara 3m papan anjal wanita pada esok di pusat akuatik Paris, Saint-Dennis.
Atlet berusia 25 tahun itu terlebih dahulu perlu mengharungi peringkat kelayakan sebelum menempatkan diri di kalangan 18 penerjun terbaik untuk mengintai peluang ke separuh akhir pada hari berikutnya.
Dhabitah perlu semangat merebut slot 18 penerjun terbaik untuk mara ke separuh akhir! ??#SukanOlimpik #Paris2024 #KitaSemuaTeamMAS #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/2qkY3z78gR
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun berdepan penerjun terbaik daripada serata dunia, Dhabital kekal tenang dan mahu memberikan fokus cemerlang dengan menampilkan aksi terpuji dalam setiap terjunannya.
Dalam masa sama, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu turut berkongsi kegembirannya di atas kejayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, menggondol pingat gangsa buat kem Malaysia.