Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Dhabitah Sabri waspada aksi cemerlang penerjun terbaik dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabri.jpg
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, bakal memulakan cabarannya dalam acara 3m papan anjal wanita pada esok di pusat akuatik Paris, Saint-Dennis.

Atlet berusia 25 tahun itu terlebih dahulu perlu mengharungi peringkat kelayakan sebelum menempatkan diri di kalangan 18 penerjun terbaik  untuk mengintai peluang ke separuh akhir pada hari berikutnya.

 
Meskipun berdepan penerjun terbaik daripada serata dunia, Dhabital kekal tenang dan mahu memberikan fokus cemerlang dengan menampilkan aksi terpuji dalam setiap terjunannya.

Dalam masa sama, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu turut berkongsi kegembirannya di atas kejayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, menggondol pingat gangsa buat kem Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video