OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Dhabitah Sabri lega capai sasaran ke pusingan akhir
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, bersyukur selepas sasarannya untuk melangkah ke pusingan akhir acara 3 meter papan anjal individu berjaya dikecapinya walaupun menjalani sesi latihan dan persiapan yang singkat sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Dhabitah menjalani persiapan singkat sebelum ke Paris atas tiket wildcard memulakan saingan di pentas final dengan baik menerusi dua terjunan awal yang memberikan 123 mata secara keseluruhan untuk berada di kedudukan ketiga.
Begitupun, harapan untuk melihat Dhabitah memperbaiki pencapaian terbaiknya berada di kedudukan empat terbaik di Sukan Olimpik Tokyo sukarkan apabila menamatkan saingan untuk berada di kedudukan ke-12.
Iklan
"Ini bukan persembahan terbaik tetapi saya berjaya ke final. Walaupun pada awalnya saya menjangkakan tidak berjaya ke pusingan separuh akhir dengan sesi latihan yang singkat.
"Saya rasa saya sudah mencapai sasaran untuk berjaya untuk melangkah ke pusingan akhir ini. Saya harus bersyukur.
Whatever she decides next, Malaysia’s?? Smiling Olympian has deserved it.Terima Kasih, Nur Dhabitah Sabri ?#KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/HQLfrjrqMQ— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) August 9, 2024
"Sokongan dan semangat daripada jurulatih dan pasukan membantu saya dalam terjunan terakhir. Berada di sini adalah perkara yang patut saya bersyukur." Katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video