Paris 2024: Dalam kelas tersendiri, Ledecky raih pingat emas kesembilan di pentas Sukan Olimpik
Ammar Hakim
Ogos 4, 2024 08:14 MYT
Ogos 4, 2024 08:14 MYT
Katie Ledecky menyamai rekod atlet bertaraf legenda, Larisa Latynina, dengan memenangi pingat emas kesembilannya di Sukan Olimpik.
Ledecky meraih pingat emas dalam perlawanan akhir gaya bebas 800 meter Sabtu, mengetepikan Ariarne Titmus dengan catatan masa lapan minit, 11 saat.
Dalam proses itu, dia menyamai pungutan Latynina dengan sembilan emas, rekod untuk atlet wanita di temasya itu.
Pemain berusia 27 tahun itu telah memenangi 14 pingat keseluruhan di Sukan Olimpik, empat kurang daripada rekod Latynina (18).
Empat daripada pingat itu telah datang di Paris.
Ledecky memenangi 1500m gaya bebas, meraih perak dalam 4x200m gaya bebas dan gangsa dalam 400m gaya bebas.
HISTORY MAKER! ?? Katie Ledecky just won the gold in the women's 800m freestyle at #Paris2024, and she's not stopping there! She now ties with Larisa Latynina for the MOST Olympic gold medals by a female athlete in ANY sport! This swimming legend just keeps getting better,… pic.twitter.com/E3sPIUKYMg
— The Olympic Games (@Olympics) August 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.