Atlet triathlon tuan rumah, Cassandre Beaugrand nyata berada di kelas tersendiri selepas mencipta sejarah menjadi atlet Perancis pertama yang memenangi emas olimpik acara triathlon.
Beaugrand berjaya mengungguli podium dengan catatan masa 1jam 54.55saat sambil diekori rapat dengan perbezaan enam saat oleh atlet daripada Switzerland, Julie Derron (1:55.01s) yang meraih perak.
Sementara gangsa menjadi milik atlet daripada Great Britain, Beth Potter yang melengkapkan perlumbaan dengan catatan 1:55.10s.
Beaugrand yang menghuni ranking pertama dunia itu memecut di pusingan terakhir sambil diiringi dengan sorakan gemuruh ribuan penonton yang sekaligus mendorongnya untuk mendahului garisan penamat.