Paris 2024: Cabaran Azizulhasni dalam acara pecut berakhir
Saufi Tahir
Ogos 7, 2024 02:40 MYT
Ogos 7, 2024 02:40 MYT
Cabaran jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dalam saingan pecut individu berakhir apabila menamatkan perlumbaan dalam pusingan repechage di kedudukan ketiga di Velodorm Nasional Perancis sebentar tadi.
Pusingan itu dimenangi Mateusz Rudyk dari Poland dengan catatan masa 9.966 saat dimana menyaksikan wakil dari Israel terlebih dahulu membuat pecutan awal untuk mencipta jurang tetapi berjaya dikejar oleh Rudyk untuk memenangi pusingan itu.
Tiga wakil negara termasuk Azizulhasni akan meneruskan cabaran dalam sukan berbasikal trek dalam acara keirin yang akan bermula pada 10 Ogos nanti.