OLIMPIK PARIS

Paris 2024: Bertrand Rhodict akui layak ke Sukan Olimpik umpama mimpi

Saufi Tahir 25/07/2024 | 11:40 MYT
Penerjun muda negara, Bertrand Rhodict Lises, bukan sahaja akan melakukan kemunculan pertama di temasya terbesar dunia itu, malah menggalas tugas membawa jalur gemilang dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 pada Jumaat ini.
Rhodict yang muncul sebagai atlet pertama negara layak ke Paris mengakui perasaannya bercampur baur hingga menganggap ia bagai mimpi untuk berada di Paris.
Anak jati Sarawak itu tidak akan berseorangan, sebaliknya bakal beriringan dengan pemenang pingat emas Sukan Asia 2022, Nur Shazrin Latif, untuk membawa bendera Jalur Gemilang sepanjang sungai 'Sen' nanti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjelang saingan Rhodict pada 9 Ogos, pemenang pingat perak Sukan SEA 2023 itu turut berhasrat membuat dua terjunan baru yang bakal menjadi taruhannya di Paris dalam acara 10 meter platform lelaki.
"Saya sebenarnya masih tidak sangka berada di sini, ia seperti tahu-tahu sudah sampai. Saya akan melakukan yang terbaik.
"Kemajuan sangat banyak, dalam tiga setengah (somersault) sangat konsisten ketika dan dan empat setengah perlu diperbaiki. Saya harap dapat perbaiki masalah pada 'minor'." katanya kepada Nadi Arena.
#Paris 2024 #Terjunan #Bertrand Rhodict
;