Dari Bintulu, Sarawak ke Sukan Olimpik Paris 2024, ibarat kisah dongeng buat pemain golf profesional wanita negara, Ashley Lau, yang berkongsi kepada wartawan Shahrazad Sani, pengajaran terbesar sepanjang empat hari bersaing di Sukan Olimpik Paris dan erti bergelar seorang Olimpian serta hasrat untuk tampil di Jelajah LPGA.
Sementara itu pengurus pasukan golf negara dan Timbalan Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Teoh Piek Kee, berpandangan impian Ashley untuk beraksi di pentas LPGA bukan mustahil, meskipun menamatkan kempen Olimpik pertamanya di kedudukan ke-55.
Ini susulan peningkatan prestasi yang ditunjukkan Ashley di Jelajah Epson serta kemahuan tinggi untuk bangkit selepas merekodkan pukulan eagle pada lubang terakhir hari penutup golf di Paris.
Piek Kee turut menyifatkan kempen Olimpik Gavin Green sebagai satu kejayaan selepas menamatkan saingan terikat di kedudukan ke-33.
Pencapaian itu juga terbaik buat Gavin selepas tiga penampilan Olimpik.
Ammar Hakim
Sun Aug 11 2024