Paris 2024 beri pengajaran 'luar biasa' buat Bertrand

Ammar Hakim
Ogos 10, 2024 18:52 MYT
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, menyifatkan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai pengajaran luar biasa dalam menghadapi tekanan.
Ini susulan aksi di bawah kemampuan sebenar ketika terkandas di peringkat kelayakan platform 10 meter individu.
Selepas enam terjunan saingan kelayakan, Bertrand merekodkan pungutan 313.70 mata, jauh berbeza dengan catatan terbaik 442.35 mata ketika Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun.
Dan Bertrand menegaskan Paris bukan kali terakhir dia bergelar Olimpian dengan iltizam untuk bangkit ke Sukan Olimpik LA 2028 bermula sejurus selepas dia tamatkan saingan di Perancis.
;