Paris 2024: Bawalah pulang emas sayangku Azizulhasni


Ogos 7, 2024 10:37 MYT
Doa daripada isteri, Datin Athiah Ilyana Abd Samat, mengiringi impian Datuk Azizulhasni Awang yang dalam melunaskan pingat emas pertama Sukan Olimpik kepada Malaysia.
Azizul dan Ilyana Athiah mendirikan rumah tangga sejak 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Dialah individu paling banyak melihat kejerihan jaguh berbasikal trek kelahiran Terengganu itu dalam misi mengharumkan nama negara dan pentas National Velodrome, Paris 2024 menjadi medan terakhirnya untuk merealisasikan hasrat berkenaan.
"Saya cukup berbangga menjadi tulang belakang kepada awak sejak Beijing 2008 hingga sekarang, PAris 2024.
"Kita telah banyak berkorban dan ini pula adalah penyertaan terakhir Sukan Olimpik awak.
"Saya harap segala usaha dan pengorbanan anda akan dibalas dengan medal emas.
"Awak mempunyai sokongan dan kasih sayang saya.
"Saya tahu awak mampu melakukannya. Bawalah pulang emas wahai sang juaraku," katanya dalam satu rakaman kepada Stadium Astro.
#Sukan Olimpik #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024