PELAYARAN
Paris 2024: Bapa kagum semangat juang Khairulnizam Afendy
Bapa jaguh pelayaran negara, Mohd Afendy Abdullah, berasa kagum dengan semangat juang anaknya, Khairulnizam Mohd Afendy, yang mengejar cita-cita untuk menjadi pelayar terbaik sebaris jaguh dunia hari ini.
Dalam satu perkongsian di Facebook, bapanya seluruh masyarakat Malaysia meminta doa kejayaan anaknya itu di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirainya hujung bulan ini.
Untuk rekod, Sukan Olimpik 2024 merupakan temasya keempat yang disertai oleh Olimpian tiga kali negara itu.
"Saya masih ingat apa yang anak saya katakan pada 26 tahun lalu, dia mahu menjadi kelasi kapal.
"Hari ini dia merupakan salah seorang pelayar terbaik di dunia dengan empat penampilan di Sukan Olimpik serta menduduki kedudukan ke-18 dunia.
"Mari bersama-sama kita doakan dia dapat melakukan yang terbaik di temasya sukan Olimpik Paris 2024. Selamat berjaya buat Khairulnizam dan Nur Shazrin Latif." Katanya.