RENANG
Paris 2024: Banyak peraturan, pengalaman terbaik untuk kami - Eric Anderson
Skuad renang negara antara kumpulan awal yang tiba di Paris selepas menjalani kem latihan pusat di Belfast, Ireland Utara.
Membabitkan dua perenang Khiew Hoe Yan dan Tan Rouxin, Anderson mengakui mereka berdepan beberapa cabaran sepanjang berada di sini.
Begitupun, beliau enggan jadikan situasi itu sebagai halangan apabila menegaskan masalah itu bukan dalam kawalan mereka.
Iklan
"Untuk saya ini adalah Olimpik pertama saya -- saya sudah ke Kejohanan Dunia, Kejohanan Eropah dan tidak pernah lagi ke Sukan Olimpik, Olimpik Tokyo pun tidak berpeluang.
"Jadi ini adalah pengalaman pertama buat saya dan untuk saya secara peribadi ianya sama sahaja dengan kejohanan yang lain.
"Cabaran terbesar adalah kami kena duduk dalam perkampungan atlet dan banyak benda kena ikut peraturan seperti kena ikut mereka punya jadual pengangkutan yang telah ditetapkan.
"Untuk makanan kita fikir boleh dapatkan di tempat yang disediakan, ada makanan khas untuk orang Asia di tempat makan yang disediakan kami berpendapat tetapi tidak, kami kena cari di tempat lain pula.
"Dan ini perkara yang kita tidak boleh kawal dan ianya satu pengalaman terbaik buat kami dan kami perlu bersedia untuk itu." katanya.
Lantas, beliau mahu anak buahnya kekal fokus untuk memberikan aksi terbaik dalam acara masing-masing.
Hoe Yan akan turun beraksi dalam acara 400 meter gaya bebas pada Sabtu disusuli Rou Xin dalam acara 100 meter kuak dada pada keesokan hari.
Dua atlet renang itu bakal melakukan debut di pentas olimpik setelah layak ke temasya Paris menerusi slot tiket universal.
Must-Watch Video