Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2023, Khairul Hafiz Jantan, mengakui saingan tiga penjuru untuk perebutan gelaran raja Asia Tenggara di Sukan Olimpik Paris menawarkan keterujaan tersendiri dalam acara riben biru.

Ia menyaksikan jaguh pecut negara Azeem Fahmi akan berentap dengan dua pencabarnya di rantau ini Puripol Boonson dan Lalu Muhammad Zohri dalam acara 100 meter di Paris.

"Memang sangat teruja sebenanrya sebab kita memang sudah ada Azeem jadi tidak mustahil Azeem boleh lari lagi laju ataupun perbaharui rekod baru dia.

"Sebab kita tengok Azeem tahun lepas pun Asia dia nombor tiga (10.11 saat) nak menghampiri dia punya rekod.

"Jadi tidak mustahil bila dia dapat peluang untuk Olimpik ini dia akan jadi lebih bagus untuk catatan masa dia nanti.

"Itu sangat-sangat sengitlah tapi bagi saya insyallah dia boleh buat sebab dia masih muda, boleh cari pengalaman, pengalaman dia boleh bawa dia lagi boleh bersaing dengan mereka walaupun Lalu ada, Thailand ada.

"Saya yakin Azeem boleh buat yang terbaik.

Puripol dari Thailand yang berusia 18 tahun meraih tempatnya dalam temasya Paris biarpun tidak melepasi catatan kelayakan 10-saat.

'Lalu' pula, jaguh sensasi dari Indonesia, mengambil bahagian selepas menerima kuota daripada Persekutuan Olahraga Indonesia.

Sementara, Azeem dipilih oleh Kesatuan Olahraga Malaysia atas tiket universal menerusi pemilihan sengit bersama Shereen Samson Vallabouy.