OLIMPIK PARIS

Paris 2024: Atlet Nigeria ucap terima kasih kepada pasukan Jerman, pinjamkan basikal

Ammar Hakim 10/08/2024 | 09:17 MYT
Pelumba basikal trek Olimpik pertama Nigeria, Ese Ukpeseraye mengucapkan terima kasih kepada pasukan Jerman kerana meminjamkan basikal untuk bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 selepas dia tidak memiliki jentera sendiri.
Ese pada mulanya hanya didaftarkan untuk perlumbaan jalan raya wanita tetapi bertanding dalam dua acara trek -- yang memerlukan jenis basikal yang berbeza.
Atlet berusia 25 tahun itu menulis bahawa tanpa basikal untuk berlumba dan dengan semangat kesukanan, pasukan Jerman hadir menyelamatkannya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Nigeria #Jerman #Sukan Olimpik Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris #basikal trek #Ese Ukpeseraye
;